Tuesday, 22 November 2011

Pengalaman Keguguran dan D&C

Selepas bulan puasa aku bercadang untuk maintain dan kalau boleh nak turunkan berat badan lagi. Tapi product ape yg aku kena pakai???... Aku teringat yg kakak iparku hanya minum teh herba orang kampung dan berat badannya sekarang memang ideal dgn ketinggiannya macam model....

So... jadilah aku cuba product ni dulu. Dgn keazaman yg tinggi aku tlh membelinya dan balik rumah tak sabar2 nak minum, satu sudu diminum 2x sehari selepas makan. Mula2 minum, aku x lah terasa nak buang air besar tapi kencing memang banyak.

Sudah hampir sebulan aku meminumnya, baru mula sedar yg aku dah x datang haid hampir sebulan....alamak mcmn ni....mungkin kesan dari minuman tersebut. Aku buat selambe aje hinggalah hampir habis satu tin teh tersebut tapi haid masih tak datang. Takutpun ade.... tanda2 seperti kuat makan dan kalau lambat makan mulalah rasa nak loya, badan letih....alamak ni macam tanda2 mengandung tapi kalau boleh aku taknak lagi maklumlah dah lima anak, semuanya beza 2 tahun kecik-kecik lagila katakan....yg kecik baru satu tahun...disamping tu aku ade jugak makan nenas hampir 2 biji dan minum air tebu, sebab orang tua2 kata kalau makan 2 benda ni kalau melekat memang tak jadilah....tapi masih tak keluar lagi.

Tak boleh jadi ni, namun atas saranan dan pujukan kawan2 kat office aku rela berjumpa dgn doktor utk pengesahan....Maka pergilah aku ditemankan kawan2 gi klinik panel kat office.... debaran hanya Tuhan shj yg tahu. Doktor senyum aje seperti yg dijangka memang sah aku mengandung nak masuk 2 bulan dan due bulan 5 thn depan...rase menggigil seluruh badan macam tak percaya. Tapi saya reda dengan ketentuan Tuhan dengan rezeki yang diberi dan diharapkan selamat hingga bersalin.

Namun begitu pada pagi 4 November 2011, di seluar dalam terdapat sedikit tompok darah dan apabila kencing ade keluar darah sikit macam darah haid...terkejut aku dibuatnya aku ni gugur ke???...sebab sblm ni aku pernah juga gugur pada usia kandungan 4 minggu memang keluar darah macam darah haid.

Oleh sebab aku tak pernah jumpa doktor pakar sebelum ini, aku terpaksa juga pergi untuk pengesahan. Aku pergi bersama suamiku dan 2 orang anakku. Memang tak rasa sakit, rase sakit spt senggugutpun takde.
Seperti biasa selepas pendaftaran, aku pergi buat urine test iaitu proses biasa bagi ibu-ibu mengandung.

Ting....nombor dipanggil...akupun cerita masalah yg aku hadapi. Doktor suruh aku baring dan scan...suspen betul...Alhamdulillah kandungan aku ok dah ade jantung, pada mase tu dah nak masuk usia 3 bulan. Ini dipanggil threaten abortion atau ancaman keguguran. Doktor pesan supaya saya berjaga-jaga jangan buat kerja berat-berat banyakkan berehat, ari ni mc dan doktor pesan lagi kalau masih lagi keluar darah dan banyak cepat2 pergi hospital. alamak macamana nak jaga dan duduk diam...dah la nak balik kampung, lusa dah raya haji. Tawakal jelah demi anak2...

Pada malam tu juga aku balik kampung, balik Ipoh dulu, darah macam biasa keluar juga tapi sikit-sikit kalau aku bergerak ke atau dari duduk nak bangun mesti ade terasa darah keluar...Tapi nak duduk diam tak retilah, maklumla anak ramai, yg kecik tu memang la tak duduk diam, dukung tu memang wajibla...biasalah budak kecik yg sedang membesar.

Pada hari raya, kat kampung aku takdelah buat kerja berat2 sangat, letih layan anak je...Malam mcm biasa tidur tapi kali ni aku memang susah nak tidur, mengalih kiri... kanan...Dalam pukul 12.00 tengah malam, aku terasa perut aku sakit macam senggugut, aku pusing kiri dan kanan. Lepas tu aku rasa macam nak terkencing, pergilah aku kebilik dan duduk mencangkung, semasa aku kencing ade darah keluar bersama busss...aku rasa ade benda yg keluar tapi aku tak berani nak tengok...Dengan debaran yg memuncak aku beranikan diri melihat ape yg telah keluar tadi...Ya Allah ketulan darah merah macam daging....menggigil juga, jadi aku beranikan diri untuk memegangnya masih panas....dalam hati,  ni kot gugur. Sempat juga aku masukkan dalam plastik. Kebetulan masa keluar dari bilik air suamiku ade dan aku cerita padanya, cepat2 suamiku menghubungi emak yang berada di rumah yang berhampiran. Emakku risau dan menggesaku untuk pergi ke hospital Kerajaan yang berhampiran tapi aku taknak dengan alasan aku tak sakit. Puas juga emakku dan suamiku memujuk tapi aku tetap berdegil...dalam kepala ni kalau pergi hospital kerajaan kena cuci memang sakit gila dibuatnya...Nasib baik alasan aku diterima oleh emak dan suami.Malam tu juga 2 kali lagi ketulan darah keluar saiz yang sama.

Keesokan harinya 7/11, aku diberi makan macam org berpantang....sedih betul...dalam pukul 10.00 bertolak balik ke Rawang dan berjanji terus pergi Hospital. Sampai rumah dalam pukul 1.10 petang. Duduk rehat...baring... suamiku masak nasi dan ikan bilis goreng dan emak ade bekalkanku rendang daging tapi aku suruh suamiku simpan dulu dalam peti ais. Makan nasi putih + ikan bilis. Lepas makan duduk dan baring...terlelap juga sekejap. Sambil tu suamiku ade tanya nak pergi Hospital tak? Aku ngeleng sebab rasa tak sakit tapi darah tetap keluar. Dalam pukul lima petang aku rasa nak kencing, bila bangun aku rasa badan goyang dan rasa nak pitam, duduk dulu lepas tu gi tandas...darah masih keluar dan kali ini banyak juga.
Dalam pukul 6.00 petang aku rasa macam sakit kat ari-ari dan terasa darah keluar, dan aku terus cakap kat suami jom la gi hospital, tapi sempat lagi cakap tunggu lepas maghrib baru pergi sebab nak tengok soffiya... Suamiku ngeleng kepala, sakit2pun nak tangguh lagi...tapi aku jawab balik ala sakit sikit2 aje....Sambil tu suamiku telefon kakaknya supaya dapat ambil anak-anakku kat hospital dan ceritakan keadaan aku...

Selepas suami habis sembahyang mahgrib dan aku sempat tengok cite soffiya tu separuh....terpaksalah aku pergi Hospital. Aku menyuruh suamiku menurunkanku kat depan pintu Kecemasan dan suruh susmiku cari tempat parking. Bila turun dari kereta memang terasa darah turun banyak, terpaksalah aku jalan mengepit takut tembus. Aku isi borang dan daftar...aku terangkan pada petugas malam tu...dan dia suruh aku duduk dikerusi yang berhampiran. Tak lama lepas tu doktor panggil masuk ke bilik dan scan.... doktor kata dinding rahim dah nipis dan mungkin dah habis keluar, tapi doktor tak bagi balik sebab darah turun banyak dan lagipun rumahku jauh dan takut risiko tumpah darah...dan doktor juga ade cakap kalau darah tak henti turun boleh pengsan, jalan yang terbaik kena cuci d&c...bila dengar perkataan tu terus kecut....aku dibawa oleh nurse dengan kerusi roda ke katil untuk rawatan selanjutnya sebelum di hantar ke wad.

Aku didrip air, sementara anak2 ku kakak iparku yang jaga....sedih rasenya. dalam pukul 10.00 malam aku dapat masuk bilik, suamiku menemankanku. Perut terasa lapar, nasib baik suamiku ade bawa bekal sebab kat hospital dah tamat masa makan malam. Maklumla dah anak lima suamiku dah mahir dalam bab2 ni....aku makan nasi dengan rendang daging, air kosong suam yang dibekalkan oleh Hospital. Macam biasa nurse akan datang check tekanan darah...normal...dan nurse pesan supaya saya berpuasa tepat pada jam 12.00 tgh malam, tapi aku tak la tanya kenapa aku kena puasa.

Esoknye 8/11, aku sms kwn2 terdekat mengenai keadaannku,ade yg ucap takziah kpd ku...sedih juga...Dalam pukul 10.30 pagi doktor pakar datang kebilikku....dan tengok kat bawah tu dan korek masih ade lagi ketulan darah besar juga...Doktor scan dan lihat masih ade tinggal ketulan yang kecil2 yang masih belum keluar...dan doktor suruh buat d&c...adui... terus sy tanya ade cara lain selain buat d&c. Jawapannya tidak... kalau bagi ubat bagi mereka yang janinnya masih tak keluar lagi, kalau dah keluar,  makan ubat jawabnya tumpah darahla...jadi untuk selamatkan diri supaya darah yang banyak tidak keluar, caranya buat d&c....Sempat lagi saya tanya d&c tu sakit tak? sebab ape yg aku dengar memang sakit. Tapi doktor cakap tak sakit sebab bagi bius, kalau tak bagi bius memang la sakit, tapi lepas habis bius ade terasa sakit sikit2 kat bahagian ari2 tu....

Tepat jam 11.30, aku disuruh bersiap salin baju warna biru untuk masuk OT (Operation Theatre),sampai kepalapun kena tutup...seram sejuk dibuatnye....yg keluar dari mulutku hanyalah bacaan Ayat Kursi (wajib dihafal masa zaman sekolah dulu) dan mengucap...doktor pakar bius datang dan dia memperkenalkan dirinya dan menyorong masuk ke bilik OT. Sejuk gila tempatnya....aku dipasang macam2 wayar di badanku...Ya Allah mengalahkan macam nak bersalin. Dalam pukul 12.00 tgh baru doktor pakar aku datang dan dalam masa yang sama aku didrip ubat bius dan topeng oksigen....dan selepas itu....

Dalam pukul 12.40 tgh aku dikejutkan "Puan Norhana, Puan Norhana bangun buka mata.... cuba batuk", aku mengikut arahan yang diberikan tapi aku terus tutup mata sebab kalau buka aku rasa pening, tapi aku dengar orang disekeliling bercakap...dalam hati aku terus memaksa mata aku untuk tidur takut rasa sakit...bilalah nak operate ni... aku resah sebab mata ni tak mahu tidur. Tiba2 nurse bagi tahu yang dia nak hantar aku masuk wad balik...aik dah selesaike??? akupun tanya nurse yang ade kat situ dan dia cakap dah selesai dah sekarang nak hantar masuk bilik...Ya Allah langsung aku tak sedar...Aku diangkat oleh 4 orang staff semasa tukar katil dan dalam bilik aku diangkat lagi...Badan memang lemah, mata tak boleh bukak anggota badan juga masih tak terasa. Dalam pukul 4.00 petang aku rase dahaga sangat, suamiku memanggil nurse dan nurse membenarkan aku minum sedikit sahaja takut aku muntah dan aku dibenarkan untuk makan setelah lima jam, jadi dalam pukul 5.30 petang aku boleh makan.

Tepat jam 5.30 petang, suamiku memanggil nurse sama ada aku dah boleh makan atau tidak sebab perut aku tak boleh nak kata memang lapar betul....nurse memeriksa aku, tekanan darah ok, pening tak ade, rasa loya dan muntah tak ade....jadi bolehla makan.

Lepas makan rase nak buang air kecil sambil tu bolehla basuh tangan. Bila nak turun katil... Ya Allah rupa-rupanya aku tidak disarungkan kain, hanya diselimutkan dengan kain...Ops....Selepas basuh tangan, aku buang air kecil, rupa2nya aku dipakaikan pad yang ade tali siap ikat lagi kat pinggang....Ya Allah bila masa mereka buat kerja ni kelakarpun ade, memang aku tak sedar langsung...betul2 pengalaman yang sampai mati tak akan lupa...

Dalam pukul 6.00 petang nurse bagitahu yang aku boleh balik ari ni dan kalau dah siap boleh ambil ubat kat kaunter. Ya Allah bestnya....Tapi aku nak tangok dulu cerita Saffiya hari ni last, kalau aku balik kejap ni mesti jalan tengah jem, lagipun suamiku bolehla solat maghrib dulu baru balik. Ala lagi sejam je lagi, suamiku ok je...

Tepat pukul 8.00 malam, aku check-out dan terus ambik anak kat rumah kakak ipar kat Cheras...Rindu betul kat anak2 terutama yang kecik...dalam masa yang sama bertalu-talu soalan dari anak2ku, sampai tak tahu nak jawab ape dah.

Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Illahi aku Selamat dan masih diberikan nyawa untuk meneruskan hidup dan kini aku dah habis pantang. Untuk rancang nak dapat zuriat lagi, hanya ketentuan dari NYA. Aku pasrah dan menerima seadanya...


 D&C (Dilate & Currette)
Prosedur untuk membersihkan rahim dari ketumbuhan atau lelemak yang boleh menyebabkan rahim tidak subur. Ketumbuhan akibat penebalan rahim seperti mild adenomyosis boleh dirawat dengan kaedah ini. Rahim akan di bersihkan apabila di korek dengan alat khas.









1 comment:

  1. Kawan saya juga pernah buat d & c ni katanya sakit

    ReplyDelete